Pages

Friday 13 December 2013

Result OH Result

Assalamualaikum...

YA ALLAH!! takutnyer...tinggal beberapa hari saja lagi untuk aku ambik result PMR. Rasanya sungguh menakutkan dan menggerunkan dan macam2 lagi lah rasa..secukup rasa pun boleh jugak. Semua pun dah taw yang hari ambik result pada 19 Disember 2013. Bila dengar je berita tu, semua batch 98 kene heart attack, yelah..mana taknya, sedang elok2 budak2 batch 98 bergembira macam dah bebas dah sampai bila2, tetiba je dia umum tarikh tu..hari tu dia umum 23..tenang la sikit sebab lambat lagi. Tengok2 'PAP'!! terbaca kat twitter yang page untuk umum result PMR, dia kata JPN ubah tarikh..terus kene serangan jantung..Pastu, masa tu tengah syok bertweet dengan kawan, dia tanya bila tarikh ambik result? Aku pun cakaplah.. Tweet pulak dengan sorang lagi..dia tanya jugak..Hadehhh!!! Bila ramai orang tanya pasal tu, aku pulak jadi tak keruan..memang takut nak tunggu hari tu.. Boleh katakan time tu semua batch 98 dah macam cacing kepanasan...Ya Allah! Berikanlah kami kekuatan untuk menempuh dugaan yang mencabar ini...Last word, apa yang aku harap cuma kejayaan iaitu straight A, tapi kalau rezeki tidak berpihak kepada aku, aku cuma redha sebab aku telah berusaha..selama tiga tahun aku berusaha...semoga dengan result tu boleh membahagiakan kedua ibu bapaku yang sudah lama mendidik aku selama ni...AMIN